latest news
Keeping informed on the latest news.

MyHSR buka dua tender berkaitan projek kereta api kelajuan tinggi


KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd mempelawa firma-firma berkelayakan termasuk syarikat tempatan untuk menyertai dua tender baharu berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR KL-SG).

Syarikat penyampai projek KL-SG HSR yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan itu dalam satu kenyataan berkata, tender yang dilancarkan hari ini adalah perunding tanah Seksyen 4 (Section 4 Land Consultant) dan perunding penilaian impak alam sekitar, sosial dan warisan.

MyHSR berkata, tender berkenaan adalah untuk mendapatkan khidmat perunding untuk membantu penyerahan kawal selia kepada pihak berkuasa berkaitan.

"Dua tender yang dilancarkan hari ini adalah pelantikan Perunding Tanah Seksyen 4 dan Perunding Penilaian Impak Alam Sekitar, Sosial dan Warisan untuk projek ini," katanya.

Image Source: Berita Harian

"Pewartaan S.4 berikutnya dari koridor selebar 500 meter akan memudahkan kerja-kerja tambahan untuk projek ini, seperti penyiasatan tanah dan pemetaan utiliti, yang akan membolehkan penyempurnaan selanjutnya jajaran HSR sebelum pelaksanaan pengambilan tanah.

Sementara itu, penilaian impak alam sekitar, sosial dan warisan yang dirancang akan mengenalpasti potensi reseptor sensitif di sepanjang koridor projek dan langkah-langkah mitigasi akan dicadangkan untuk meminimumkan impak kepada alam sekitar, sosial dan warisan."
Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corporation, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, berkata pihaknya menggalakkan syarikat tempatan yang mempunyai pengalaman yang relevan untuk turut serta dalam tender berkenaan.

Katanya, aktiviti-aktiviti itu adalah komponen pendahuluan yang kritikal untuk projek terbabit dan memberi impak yang signifikan terhadap penyampaian secara keseluruhan untuk projek HSR KL-SG.

"Pewartaan S.4 berikutnya dari koridor selebar 500 meter akan memudahkan kerja-kerja tambahan untuk projek ini, seperti penyiasatan tanah dan pemetaan utiliti, yang akan membolehkan penyempurnaan selanjutnya jajaran HSR sebelum pelaksanaan pengambilan tanah.

"Sementara itu, penilaian impak alam sekitar, sosial dan warisan yang dirancang akan mengenalpasti potensi reseptor sensitif di sepanjang koridor projek dan langkah-langkah mitigasi akan dicadangkan untuk meminimumkan impak kepada alam sekitar, sosial dan warisan," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut, firma yang berminat boleh melayari laman web MyHSR Corp di https://www.myhsr.com.my/tenders/kl-sg-hsr-projek.
Source by: Berita Harian


Share the page: 
OTHER NEWS

Copyright © MyHSR Corporation Sdn. Bhd.  All rights reserved.
Reg No: 201501022390 (1147719-M)
Ooops!
Generic Popup